Profil

1 comments
Blog ini dibangunkan bagi projek 'Pembangunan log pengajaran dan pembelajaran' berdasarkan tugasan Semester 2, Kohort 3 (KRT3013 : Teknologi Maklumat Sekolah Rendah)


PERIHAL DIRI




Nama : Rosniza binti Arham
Tempat Kelahiran : Kuantan, Pahang
Status : Sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan
Akademik : SPM, SMK Panching Selatan
Kelayakan Ikhtisas : Diploma Perguruan Malaysia, Kota Bharu, Kelantan
Status Pendidikan Sekarang : Sedang mengikuti Program Jarak Jauh (PJJ-PPG) di UPSI
Nama Sekolah : Sk Kg Baharu Redang Ponggor, Langkap, Perak
Pengalaman Mengajar : 7 tahun
Matapelajaran Diajar Di Sekolah (Tahun Semasa) : Matematik & Pendidikan Jasmani


PENGALAMANKU

Kisah 1

Dahulu, aku paling tak suka matapelajaran Pendidikan Jasmani. Alasanku tak pandai nak mengajar sebab aku memang tak suka.Tahun 2012 merupakan tahun pertama aku memegang matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah untuk tahun 2 dan 3. Ternyata sangkaanku selama ini meleset. Pendidikan Jasmani ini sangat menyeronokkan rupanya. Kenapalah tidak dari dulu aku aktif dalam bidang ni ya?

Karektorku semasa mengajar matapelajaran Matematik berubah apabila aku mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Di dalam kelas Matematik, aku lebih serius dan tegas. Namun, semasa mengajar kemahiran Pendidikan Jasmani, aku bersama-sama mereka bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain bersama. Lebih seronok lagi, apabila tiba topik pergerakan kreatif kerana murid diajar untuk melakukan pergerakan kreatif tersebut tanpa dan dengan iringan lagu. Memang seronok terutama apabila murid-murid melakukan apa yang kita suruh. Berbeza dengan matapelajaran Matematik yang membuatkan kita sedikit tertekan kerana ia lebih banyak bermain dengan mental yang melibatkan penomboran dalam pengiraan Matematik.

Pendidikan Jasmani lebih banyak menggunakan tenaga kerana melibatkan pergerakan fizikal. Namun, secara tidak langsung ia sebenarnya memberikan kesan yang positif terhadap diri kita. Senaman membuatkan kita kekal cergas meskipun menggunakan lebh banyak tenaga. Selain itu, murid dapat mempamerkan emosi yang berbeza melalui setiap jenis kemahiran yang diajar. Ia memberkan kesan terhadap emosi dan sosial murid tersebut. Jadi, sebagai guru tentulah aku harus memberikan sokongan terhadap apa yang mereka lakukan dan menggalakkan murid berterusan mengamalkan cara hidup yang sihat seperti ini.

Tambahan pula, siapa tahu jika aku dapat melahirkan murid yang berbakat dalam aktiviti sukan kan? Sebabnya, aku tahu bahawa asasnya adalah kemahiran yang dipelajari semasa diperingkat sekolah rendah. Begitu juga dengan Matematik. Untuk bijak Matematik, asasnya adalah konsep penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang aku ajar. Pendekatan yang aku gunakan juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan minat murid terhadap Matematik dan supaya murid menganggap Matematik tu mudah dan tidak sukar seperti yang mereka gambarkan.
Seronoknya belajar Matematik... Seronoknya belajar Pendidikan Jasmani... Bila kedua-duanya seronok, maka ia jadi ‘beronok-ronok’... ada-ada aje ...

Kisah 2

Kini telah genap 7 tahun aku menjalankan tugasku sebagai seorang guru. Banyak betul dugaan dalam menangani karenah anak-anak muridku. Setiap daripada mereka mempunyai karenah yang pelbagai. Di sekolah, anak muridku kata aku seorang yang garang. Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja masalah yang mereka timbulkan. Aku yakin, tiada guru yang hanya senyum apabila anak muridnya tidak menyiapkan kerja sekolah. Dan, yang tidak menyiapkan kerja itu adalah murid yang sama dengan alasan yang sama setiap kali melakukan kesalahan. Kalau kadang-kadang tu tak mengapalah. Tapi, kalau dah setiap hari memberikan alasan yang sama pusing juga kepala..

Antara alasan yang kerap diberikan apabila kerja tak siap:

1. Kerja dah siap tapi buku tertinggal di rumah
Cikgu : Buku tinggal kat rumah tu suruh siapa baca? Mak? Ayah?
2. Buku terlupa nak dibawa balik
Cikgu : Dah suruh letak siap-siap dalam beg tapi diletaknya juga dalam meja...:(
3. Buku hilang sebab adik main
Cikgu : Takkanlah setiap kali bagi kerja rumah buku boleh hilang? Dua tiga hari lepas tu jumpa balik...pelik kan??
4. Kawan pinjam buku dan tak pulangkan semula
Cikgu : Siapa yang pinjam? Takkan kawan nak pinjam buku kosong? Alasan tak boleh diterima.
5. Tak siap lagi sebab tak faham
Cikgu : Habis tu, kenapa bila cikgu tanya kamu jawab faham??
6. Nak buat malam tadi tapi tertidur
Cikgu : Kalau dah tahu malam masa untuk tidur, kenapa tak buat waktu siang? Main aje tahu.. Lepas ni jangan datang merayau di sekolah pada waktu petang kalau tak ada aktiviti koko.
Dan jawapan yang paling enak didengar dan tanpa rasa bersalah ..... 
7. Saya tak buat cikgu...
Cikgu :Sabar ajelah dengan budak ni. Rasanya nak je cubit-cubit, picit-picit...
Pelbagai cara dah dilakukan. Murid ni tetap tiada perasaan dan tiada perubahan. Sampai cikgunya pun dah bosan nak mendenda. Amali sudah, lisan pun sudah. Kasar dan halus juga sudah. Lagi dia seronok dan senyum sebab kena denda... Macam mana nak menyedarkan murid yang begini supaya dia sedar bahawa pelajaran itu sangat penting untuk masa hadapan dia? Kalau ada sesiapa yang boleh beri cadangan amat dialu-alukan.....

1 comments:

  1. Rupanya sek men di SMK Panching Selatan, dulu saya pernah mengajar di SK Panching Selatan tp dah lama thn 97 hingga 2000. Apapun tahniah kerana dpt menghasilkan blog seindah ini...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.

Followers

Jumlah Pengunjung